• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota JPJ Tak Sempat Tahu Isteri Hamil Anak Kembar

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Md Yusop, 34, yang maut digilis treler bulan lepas tidak sempat mengetahui isterinya hamil dengan anak kembar mereka.

Isterinya Siti Anida Lihat, 35, berkata beliau juga baru sahaja mengetahuidirinya hamil dengan anak kembar setelah membuat pemeriksaan baru-baru ini.

Katanya suaminya terlalu menginginkan seorang anak lelaki memandangkan mereka hanya mempunyai seorang anak perempuan, Nur Dhamirah Izzati, yang kini berusia empat tahun.

“Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami lebih-lebih lagi di saat kehamilan, namun saya perlu terus kuatkan semangat demi meneruskan hidup,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Cheng di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas penyampaian cek faedah pengurusan mayat (FPM) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan Pengarah Perkeso Melaka Fadhilah Hamil.

Pada 23 Nov lepas Mohd Ridzuan maut digilis sebuah treler dalam satu kejadian berhampiran Plaza Tol Setia Alam menghala Setia Alam di Selangor.

Siti Anida juga seorang suri rumah cuba menangkis perasaan sedih yang bertandang dengan beranggapan bahawa arwah suaminya itu pergi bekerja memandangkan mereka hanya berjumpa pada hujung minggu akibat lokasi kerja arwah suaminya itu terletak di Selangor.

“Setiap malam air mata saya mengalir apabila mengenangkan saya tidak lagi dapat mendengar suara apatah lagi menatap wajahnya. Namun saya percaya kepada perancangan dan peraturan yang telah ditetapkan untuk saya,” katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, Fadhilah berkata waris Allahyarham layak mendapat FPM bernilai RM1,500 selain pencen bulanan turut diberikan kepada isterinya sehingga akhir hayat, manakala, anak-anaknya pula sehingga berumur 21 tahun atau jika menyambung pengajian mereka hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Arwah merupakan kakitangan kerajaan di mana dikecualikan mencarum di bawah skim PERKESO namun kami melakukan inisiatif dengan membuat semakan mendapati arwah pernah berkhidmat dengan dua syarikat swasta sebelum ini sekali gus melayakkannya memenuhi syarat kelayakan minimum pencen penakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd