• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Bebaskan Peniaga Tuduhan Rogol Remaja

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Seorang peniaga dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dua tahun lalu, oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Niran Tan Kran membebaskan Mohammad Shariff Saad, 37, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie selepas meneliti dan menimbangkan keterangan saksi, bukti serta hujahan sepanjang perbicaraan.

“Saya telah meneliti keterangan serta perilaku pengadu sepanjang perbicaraan dan mendapati keterangan pengadu tidak konsisten, tidak boleh dipercayai serta wujud percanggahan material.

“Saya dengan ini melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri,” katanya di akhir kes pendakwaan.

Mohammad Shariff dituduh merogol remaja itu, di kawasan kebun kelapa sawit di Lempor dekat Manong, pada 9.30 malam, 5 Ogos 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusuf manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Halim. – BERNAMA

Tags: kes rogolmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd