• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lupus Harta Curi, Penghantar Makanan Dipenjara 8 Bulan

oleh AK-47
08/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan yang akan bertunang tidak lama lagi, dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan melupuskan sebuah kereta, mencuri barangan milik hotel dan tiada kad pengenalan.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Mohd Nasaruddin Ali, 39, kerana dengan sengaja menolong melupuskan harta curi, sebuah kereta jenis Toyota Camry bernilai RM69,000.

Dia dakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan diri, Mohd Nasaruddin dihukum penjara 20 hari dan mahkamah memerintahkannya menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 26 Nov lepas.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Taman Desa Cheras, di sini, pada 1.30 petang, 26 Nov lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap Mohd Nasaruddin kerana mencuri pelbagai barang antaranya satu unit sterika elektrik, satu unit pengering rambut milik The Westin Hotel, di Jalan Bukit Bintang, pada 1.30 petang, 7 Feb 2007.

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu selepas hukuman penjara enam bulan itu selesai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang seterusnya hendaklah dihukum dengan penjara atau denda atau sebat.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon hukuman penjara dan denda minimum dengan alasan anak guamnya akan bertunang tidak lama lagi serta dia juga sudah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman berjalan berasingan kerana melibatkan kesalahan berbeza. – BERNAMA

Tags: curidipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd