Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Ibu Pukul Anak...

Apa sahajalah dosa anak kecil ni sehingga dipukul sebegini teruk oleh ibunya..Memang tak...

208 Kematian Covid-19 Dilaporkan,...

PUTRAJAYA - Sejumlah 208 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 120 kes...

Hutang Luar Malaysia Kekal...

KUALA LUMPUR – Hutang luar Malaysia kekal terurus berdasarkan profil mata wang dan...

Juri PABM Cari Pemidato...

BANGI - Kira-kira 50 orang peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala...

Lelaki Ditemui Mati Lemas Di Pantai Cahaya Bulan

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemukan mati lemas di Pantai Cahaya Bulan di sini petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Ismadi Mohd Taib berkata ketika kejadian mangsa Jaafar Ismail, 59, dari Pasir Hor di sini bersama anggota keluarganya berada di tepi pantai itu apabila tiba-tiba ombak besar menghanyutkannya.

“Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.19 petang daripada orang awam dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati mangsa telah dibawa naik ke daratan (oleh orang awam),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Baharom Abu mengesahkan kejadian berkenaan dan menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengundang bahaya di kawasan pantai ketika musim tengkujuh ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori