• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tipu Perbaharui Permit 2 Warga Bangladesh

oleh AK-47
01/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dua warga Bangladesh berhubung pembaharuan permit melibatkan kerugian RM12,000.

Rizwadi Irwan Jamaludin, 40, yang bekerja sendiri didakwa menipu pelajar kolej swasta, Abdul Kayum Abdul Jalil, 25, dan pekerja syarikat keselamatan Hussain Mohammad Shampad, 28, dengan memperdaya mereka untuk mempercayai bahawa dia boleh memperbaharui permit, sehingga mangsa menyerahkan wang RM12,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di 46-C Faber Plaza, Jalan Desa Bakti, Taman Desa, Off Jalan Klang Lama di sini pada 23 Jun 2015 sehingga 24 November 2015.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Raya, Nom Phot Prackdit menawarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi pertuduhan itu manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan.

Majistret Mahyudin Mohmad Som membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: menipuPermit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri Hari Ini

Ibu Dua Anak Dituduh Tipu Beli Barangan Mewah RM1.24 Juta

23/01/2024
0

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini pada Selasa atas dua pertuduhan...

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

28/06/2023
0

George Town – Tindakan seorang pemandu lori membawa 14 ekor lembu korban tanpa permit pemindahan akhirnya membawa padah apabila dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd