• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 118,000 Unit Rumah Bagi Penjawat Awam Dilulus

oleh Ahmad Albab
14/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 265 Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) melibatkan 118,441 unit yang diluluskan di seluruh negara telah melepasi sasaran, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan akan cuba menyediakan 200,000 unit menjelang 2018, satu jumlah yang jauh melebihi daripada sasaran asal 100,000 unit.

“Terdapat permintaan tinggi daripada penjawat awam. Kita semak semula sasaran daripada 100,000 kepada 200,000 supaya lebih ramai penjawat awam dapat memiliki rumah,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran dan ramah mesra PPA1M Residensi Bayu Andaman, Bandar Sentul Utama, di sini hari ini.

Di bandar raya Kuala Lumpur sahaja, kata Ali, terdapat 15,172 unit PPA1M yang diluluskan untuk pembangunan, termasuk projek Residensi Bayu Andaman.

Projek itu dibangunkan Kumpulan Melati Ehsan di atas tanah seluas 1.08 hektar di mana 200 unit dibina dengan bantuan subsidi Kerajaan, manakala 400 lagi dijual di pasaran terbuka.

Ali berkata penyerahan kunci projek PPA1M fasa pertama di Putrajaya melibatkan 4,000 unit dijangka dibuat pada suku pertama tahun depan.

Katanya kerajaan akan mencari lebih banyak tanah sesuai terutamanya di Lembah Klang bagi memenuhi keperluan rumah untuk penjawat awam yang bekerja di ibu negara.

Beliau berkata PPA1M merupakan bukti kerajaan mengambil serius isu dihadapi penjawat awam terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaPP1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd