Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Sanggup Kesejukan Demi Sambut...

PERAYAAN pelik "Hari Tanpa Seluar" yang pernah disambut 15 tahun lalu kini kembali diamalkan di...

Bekas Calon Bebas DUN...

KUALA LUMPUR : Bekas calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat mengaku...

UMNO Penampang Sokong Pucuk...

PENAMPANG - UMNO Bahagian Penampang kekal teguh menyokong penuh pucuk pimpinan parti yang...

Jack Ma Kagum Pengetahuan...

PUTRAJAYA - Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan...

Lari Daripada Tahanan Polis, Penghidap HIV Dipenjara Sebulan

KUALA LUMPUR – Seorang penghidap HIV yang ditahan atas kesalahan dadah dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melarikan diri daripada tahanan polis.

Majistret Nur A’Minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Tay Bee Boon, 48, kerana dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan polis di Mahkamah Jalan Duta, di sini, kira-kira 5.40 petang, pada 5 Dis lepas.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula hari ini.

Lelaki itu yang ditahan atas kesalahan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, sebelum kejadian, pada pukul 1.45 tengah hari, 5 Dis lepas, tertuduh dihantar ke lokap utama Mahkamah Jalan Duta selepas kesnya disebut di Mahkamah Majistret di sini.


Bagaimanapun, selepas kesnya selesai, pada pukul 5.40 petang, tertuduh tiada di dalam lokap berkenaan dan dia kemudiannya ditahan pada 17 Dis lepas di Jalan Pudu di sini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memberitahu dia menghidapi HIV dan memohon hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman setimpal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori