• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Pembatalan Kadar Baharu Visa Arab Saudi Palsu

oleh Ahmad Albab
08/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Laporan mengenai pembatalan kadar baharu visa Arab Saudi yang tersebar di media tempatan dan antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar, kata Kementerian Luar.

Menurutnya Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh telah menyemak perkara itu dengan Kementerian Luar Negeri Arab Saudi dan sehingga 6 Disember, tiada sebarang dekri atau titah diraja yang dikeluarkan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud berhubung perkara tersebut.

Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur juga memaklumkan bahawa tiada arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi yang merujuk kepada pembatalan kadar baharu visa negara itu yang berkuat kuasa pada 1 Muharram 1437H iaitu bersamaan 2 Oktober 2016, katanya.

“Oleh yang demikian, pihak media dan orang ramai dipohon agar tidak mudah percaya kepada maklumat yang belum disahkan kebenarannya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” kata kementerian itu dalam kenyataan, di sini, Khamis.

Menurut Wisma Putra, sebarang perubahan (sekiranya ada) hanya akan diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui kedutaan dan rangkaian media rasmi kerajaan negara itu.

Kenaikan kadar visa Arab Saudi yang diumumkan sebelum ini telah dikuat kuasakan ke atas semua negara tanpa pengecualian.

Perubahan utama dalam struktur kadar visa baharu tersebut termasuk kemasukan pertama bagi jemaah haji dan umrah adalah percuma tetapi bagi kemasukan kedua dan seterusnya akan dikenakan bayaran SAR2,000 (Riyal Arab Saudi). – BERNAMA

Tags: Arab Saudiberita palsuVisa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd