• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Kompang Wanita Serikan Perarakan Di Muar

oleh Ahmad Albab
12/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kehadiran kumpulan kompang wanita daripada Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) pada sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Muar, berjaya mencuri tumpuan ramai.

Kalau sebelum ini kumpulan kompang biasanya dibarisi majoriti golongan lelaki, kumpulan dari HPSF pula terdiri daripada wanita kesemuanya.

Seorang anggota kumpulan itu, Zuliana Salleh, 32, mengakui teruja kerana buat kali pertama menyertai kumpulan kompang wanita dan mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah.

“Ini adalah kali pertama kumpulan kompang wanita diberi peluang menyertai perarakan. Walaupun rasa agak kekok dan sakit tangan pada mulanya, saya dan rakan-rakan dapat menguasai rentak pada akhirnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Zuliana yang bertugas sebagai pembantu tadbir di HPSF berkata mereka rasa bertuah kerana diberi peluang menubuhkan kumpulan kompang wanita pertama di daerah itu.

Katanya beliau dan 30 rakan lain mengambil masa dua minggu untuk belajar bermain kompang selepas tamat waktu bekerja.

“Setiap hari lebih kurang dua jam kami berlatih bersama. Alhamdulillah berbekalkan semangat kami berjaya mempelajari teknik bermain kompang,” katanya.

Beliau dan rakan-rakan berharap dapat menyertai lagi sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah pada tahun depan.

Seramai 5,000 peserta daripada 54 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan sejauh tiga kilometer pada tahun ini yang diketuai Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, bermula dari Pejabat Daerah Muar dan berakhir di Masjid Sultan Ibrahim.

Turut berkenaan berangkat ke majlis itu ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. – BERNAMA

Tags: Maulidur Rasul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Perbezaan Satu Kelebihan Tempuhi Cabaran – PM

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua pihak berganding bahu ketika negara berdepan dengan cabaran...

Romantik Suami Isteri Itu Sunnah Rasulullah SAW

10/11/2019
0

SHAH ALAM - Sambutan Maulidur Rasul perlu dijadikan landasan meningkatkan rasa cinta, kasih kepada Rasulullah SAW selain menyuburkan rasa sayang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd