• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Estranged Kena Tipu `Tour’ Di London

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Estranged mendakwa ditipu oleh seorang wanita yang menyamar sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc. yang berpejabat di London berhubung Jelajah Konsert United Kingdom (UK) di Festival Apple Music di London.

Estranged dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui Thomas Philip Peguambela & Peguamcara mendakwa, kumpulan muzik tersebut telah menghubungi pihak Apple di United Kingdom yang mengesahkan wanita itu merupakan seorang penipu.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa kami telah terpedaya oleh seorang `con artist’ dan telah baru-baru ini mendapati bahawa festival Apple Music di London tersebut tidak wujud. Hal ini adalah amat memalukan bagi pihak kami.

“Kami telah berkeputusan mendedahkan perkara ini kepada umum kerana kami difahamkan `con artist’ tersebut sedang mencuba mendekati pemuzik lain. Kami tidak boleh sekadar berdiam diri dan membiarkan pemuzik lain terus menjadi mangsa penipuan ini,” dakwa Estranged dalam kenyataan itu hari ini.

Justeru, Estranged memberi amaran kepada pemuzik lain bahawa `con artist’ tersebut merupakan seorang warga Malaysia yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Publisiti Apple Inc. (London Office).

Dakwa Estranged, wanita itu antara lain menyerahkan salinan surat daripada Apple Music kepada pengurus kumpulan itu kononnya daripada seorang Pengarah Apple Music bernama Adam TL Wilson.

“Dukacitanya, kami telah mendapati bahawa surat ini adalah suatu pemalsuan. Kami amat terkesan dengan peristiwa ini; pada suatu ketika, kami mempertimbangkan berpecah sebagai kumpulan dan membatalkan jelajah kami yang akan datang yang dijadualkan untuk bermula di Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor.

“Namun begitu, pada akhirnya, kami membuat keputusan untuk menabahkan diri demi peminat-peminat dan akan meneruskan perjalanan muzik kami dengan keazaman yang lebih kuat dan dengan sebaik mungkin,” kata Estranged. – mynewshub.cc

Tags: Estrangedkes tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

25/12/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua...

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd