• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krismas: Lebih 1,000 Pegawai KPDNKK Pantau Harga Barang

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Lebih 1,000 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara akan bertugas memantau harga barangan sempena musim perayaan Krismas tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Henry Sum Agong berkata kesemua pegawai terbabit akan berada di lokasi tumpuan membeli-belah sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas yang bermula semalam hingga 28 Disember.

“Di Sabah, kira-kira 200 pegawai penguat kuasa ditugaskan memeriksa dan memantau harga barangan sepanjang SKHMP dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan pemeriksaan harga barang dan melancarkan SKHMP Krismas di dua buah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Razali Othman, Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayuddin, Pengarah KPDNKK Sabah Yahya Sulaiman dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri Yahya Sujak.

Henry berkata pada pelaksanaan kali ini, kementerian menetapkan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah SKHPM Krismas, yang akan disambut pada Ahad.

Beliau berkata ini meliputi 13 barangan terkawal bagi negeri di Semenanjung, 15 barangan terkawal bagi Sarawak dan 14 barangan terkawal bagi Sabah dan Labuan, yang antara lain meliputi kategori ayam, telur ayam, sayur-sayuran, daging kambing dan daging babi.

Henry berkata tindakan tegas akan diambil kepada peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu, dan peniaga yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Dalam pada itu, Henry turut mengajak orang ramai menyertai Friends of KPDNKK bagi menjadi mata dan telinga kementerian dengan menyalurkan maklumat berhubung peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

“Ini adalah antara usaha untuk memastikan barangan dijual pada harga berpatutan dan tidak membebankan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKPDNKKkrismas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd