• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Sarawak Catat 201 Kes Langgar Akta Timbang Sukat 1972

oleh AK-47
05/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak mencatat sebanyak 201 kes pelbagai kesalahan di bawah Akta Timbang Sukat 1972 bagi tempoh 1 Januari sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKP Sarawak Abd Hafidz A Rahim berkata nilai rampasan yang dibuat hasil 199 kes (tidak termasuk dua kes hari ini) ialah RM56,446.46 dan semua pesalah ditawarkan kompaun, yang nilai keseluruhannya sebanyak RM27,050.

“Semua pesalah ditawarkan kompaun, kecuali mereka gagal menjelaskan kompaun barulah kita bawa kes ke mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan lawatan pemasaran dan pemeriksaan ke atas alat timbang kenderaan sebuah syarikat pembekal simen pracampuran di Jalan Batu Kitang di sini, hari ini.

Abd Hafidz berkata pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya berlaku unsur-unsur perniagaan yang tidak beretika seperti pengubahsuaian atau penggunaan alat timbang yang tidak ditentusahkan.

Sementara itu, dalam pemeriksaan hari ini, pasukan penguatkuasa KPDNKP Sarawak merampas indikator (meter) alat timbang kenderaan di kedua-dua premis perniagaan kerana didapati telah diubahsuai dan tidak ditentusahkan oleh pihak Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM), sebuah agensi di bawah KPDNKK.

MCM merupakan sebuah syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Timbang Sukat 1972, dan mengambil alih tugas penentusahan alat timbang dan sukat daipada KPDNKK sejak 4 April 2005.

Menurut Abd Hafidz, MCM bertanggungjawab menentukan semua alat timbang dan alat sukat yang digunakan di pasaran ditentusahkan semula setiap tahun denggan kesemua alat berkenaan akan dilekatkan dengan pelekat keselamatan yang dicatatkan tarikh tamat tempoh sah.

Katanya, selain alat timbang kenderaan, antara alat timbang dan alat sukan yang perlu ditentusahkan adalah alat sukat linar, lori tangki, alat sukat alkohol, alat timbang emas, alat timbang pelantar, meter parkir, perakam masa, neraca spring, alat sukat isipadu cecair, meter air, pam dispenser dan batu ujian.

Menurut Abd. Hafidz, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Timbang Sukat 1972 pesalah individu boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, beliau menyatakan terdapat sedikit penurunan penentusahan jumlah alat timbang oleh MCM pada tahun ini berbanding tahun 2015, yang mana sebanyak 33,722 unit dicatatkan pada tahun 2015 berbanding 31,222 unit pada tahun ini sehingga 2 Disember tahun ini. – BERNAMA

Tags: Kes Langgar AktaKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd