• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Kerjasama Rela, APM Maksimum Penguatkuasaan

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam usaha memaksimumkan penguatkuasaannya.

Menterinya Datuk Hamzah Zainuddin berkata langkah itu adalah bagi memperketatkan kaedah menangani masalah seperti ketirisan di sempadan serta penggunaan tanda harga barangan yang salah.

Beliau berkata pihaknya sedang merangka kertas kerja untuk meningkatkan operasi penguatkuasaan kementerian di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kedua-dua agensi berkenaan.

Katanya kertas kerja itu akan dibentangkan pada Jemaah Menteri pada Januari tahun hadapan sebelum diumumkan secara rasmi.

“Kita perlu adakan kerjasama ini disebabkan APM mempunyai 10,000 anggota yang dapat membantu 2,500 anggota penguat kuasa kementerian. Ia diharap dapat memberi kekuatan kepada kumpulan kita nanti,” katanya selepas Majlis Perhimpunan KPDNKK bagi Disember di sini hari ini.

Hamzah berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai perkara itu.

“Saya sudah bincang dan mereka pun bersetuju. Oleh itu, saya minta pegawai saya buat kertas kerja kerana anggota APM dan Rela bukan bertugas sepenuh masa dan mahu lihat kaedah menggunakan khidmat mereka untuk membantu kita,” katanya.

Terdahulu, Hamzah turut menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi konvoi Trak Makanan Pertama yang diadakan pada Nov lalu sempena Karnival Jualan Mega 2016.

Karnival itu melibatkan 70 trak makanan dan berkonvoi sejauh 100 kilometer bermula dari Kluang ke Johor Bahru.

Pada masa sama, beliau turut merasmikan Kalendar Bank Rakyat 2017 yang bertemakan ‘Indahnya Ilhammu, Seninya Jiwamu #anakkita’, yang memaparkan hasil karya kanak-kanak autisme daripada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. – BERNAMA

Tags: Hamzah ZainuddinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd