• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Menteri Jayalalithaa Guna Alat Sokongan Hayat

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang daripada ahli politik India yang paling berpengaruh dan pernah enam kali menjadi ketua menteri Tamil Nadu, J Jayalalithaa, kini bergantung kepada alat sokongan hayat di sebuah hospital di Chennai pada Isnin.

Beberapa saluran media sebelumnya melaporkan bahawa Jayalalithaa, 68, telah meninggal dunia, menyebabkan pihak hospital yang merawatnya mengeluarkan kenyataan menafikan laporan itu.

Apollo Hospital berkata ketua menteri Tamil Nadu itu, yang mempunyai ramai penyokong di selatan India, menggunakan alat sokongan hayat dan para doktornya dan doktor dari ndia Institute of Medical Sciences (AIIMS), terus memantau keadaannya dari semasa ke semasa

“Beberapa stesen televisyen tersalah lapor bahawa yang berhormat ketua menteri telah meninggal dunia. Laporan itu tidak berasas dan tidak benar,” kata pihak hospital.

Parti All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) pimpinan Jayalalithaa mengibarkan bendera separuh tiang di ibu pejabatnya di Chennai berikutan laporan itu.

Pengrah urusan bersama Apollo Hospital Sangita Reddy berkata sebelumnya Jayalalithaa berada dalam “keadaan tenat” walaupun kami telah melakukan yang terbaik.

Jayalalithaa pada Ahad diserang penyakit jantung.

Dia dimasukkan ke hospital pada 22 Sept kerana demam, dehidrasi dan jangkitan respiratori tetapi dikatakan bertambah baik sebelum keadaan kesihatannya pada Ahad menjadi bertambah teruk.

Beliau yang menjadi seorang ikon di layar perak pada 1960-an ialah seorang tokoh yang berpengaruh dalam politik India. – BERNAMA

Tags: Apollo HospitalJayalalithaa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Menteri Tamil Nadu Jayalalithaa Meninggal Dunia

06/12/2016
0

NEW DELHI - Ketua Menteri Tamil Nadu J. Jayalalithaa meninggal dunia malam Isnin, sekali gus mencetuskan suasana kesedihan di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd