• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Catat Trend Peningkatan Minggu Ke-49

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi meningkat kepada 48 kes atau 3.6 peratus pada minggu ke-49 tahun ini, dengan 1,376 kes dilaporkan bagi tempoh 4 hingga 10 Dis lepas, berbanding 1,328 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 417 lokaliti wabak masih aktif dilaporkan di kebanyakan negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah.

“Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 10 Dis tahun ini adalah 97,041 kes iaitu penurunan 14.5 peratus (16,459 kes) berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatat 113,500 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya bagi tempoh 4 hingga 10 Dis juga, terdapat enam kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi di Malaysia dari Januari sehingga 10 Dis kepada 228 kes berbanding 304 pada 2015 iaitu pengurangan sebanyak 24.7 peratus.

Mengenai situasi virus Zika, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 8 Dis lepas, terdapat 75 negara yang melaporkan jangkitan Zika.

“Di Malaysia pula, bilangan kes positif Zika yang dilaporkan dari 1 Sept sehingga 10 Dis 2016 masih kekal tujuh,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari Jun 2015 sehingga 10 Dis lepas, turut mendapati keputusan ujian negatif bagi 1,633 sampel darah dan air kencing yang diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika. – BERNAMA

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd