Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Polis Thai Rampas Dadah...

BANGKOK - Polis Thailand merampas 5.37 juta pil "Yaba" dan 120 kg dadah...

Mahkamah Rayuan Putus Seksyen...

PUTRAJAYA - Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen...

Tubuh J/kuasa Khas Pantau...

MARANG - Dewan Pemuda PAS Pusat akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan...

Polis Siasat Neelofa, Keluarga...

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan keluarganya yang...

Kerja Pembaikan Paip Pecah Selesai, Bekalan Air Pulih

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijalankan berhampiran MRT Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Jalan Damansara telah selesai dan bekalan air ke kawasan yang terjejas sedang dipulihkan secara berperingkat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan berkata bekalan air ke kawasan yang terjejas akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya terutama bagi premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan.

“Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki dan disokong oleh lori tangki jumbo di Masjid At Taqwa TTDI sebagai stesen isian,” menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip : TANKER nama dan alamat.


Maklumat terkini mengenai pemulihan bekalan air boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, Facebook ‘Puspel Syabas’ atau ‘Air Selangor’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori