• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Peperiksaan PT3 Diumumkan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diumumkan di seluruh negara hari ini.

Terdapat 432,514 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dan mereka mengambil keputusan di sekolah masing-masing.

Namun kali ini tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai prestasi peperiksaan itu seperti peratusan pelajar mendapat keputusan cemerlang, perbandingan di antara negeri, perbandingan di antara sekolah bandar dan luar bandar serta perbandingan di antara sekolah-sekolah ‘terbaik’ seperti lazimnya.

Ini memandangkan keputusan PT3 itu adalah sebahagian daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), keputusan PT3 adalah hasil Pentaksiran Pusat dan komponen lain ialah Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pentaksiran Sekolah melibatkan penilaian akademik oleh guru-guru sewaktu proses pembelajaran dalam kelas secara berterusan dari Tingkatan 1 hingga 3, dengan guru-guru perlu menghantar laporan prestasi itu kepada LPM setiap tahun.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti berpersatuan dan sukan pula dinilai dalam PAJSK iaitu mengenal pasti kemahiran kepemimpinan dan komunikasi mereka dalam organisasi.

PPsi pula dikendalikan oleh guru-guru kaunseling yang mana satu ujian khas diberi kepada pelajar-pelajar bertujuan mengenal pasti bakat dan kecenderungan mereka terhadap bidang diminati.

Kesemua komponen tersebut merupakan elemen penting kepada pihak sekolah untuk membantu pelajar-pelajar menentukan aliran Sains ataupun Sastera apabila melangkah ke Tingkatan 4, kata Ketua Sektor Pengurusan Dasar dan Perkembangan Dr Rahimah Adam kepada Bernama semalam, semasa menjelaskan perkara itu.

Rahimah berkata PT3 hanya merupakan satu daripada elemen dalam PBS dan bukannya berfungsi untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Di akhir Tingkatan 3, murid akan menerima pelaporan Pentaksiran Sekolah, pelaporan Pentaksiran Psikometrik, pelaporan PAJSK dan pelaporan PT3,” katanya. – BERNAMA

Tags: pelajarPT3
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd