• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pendidikan Tinggi Tiada Kaitan YBNT

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini menolak dakwaan bahawa pihaknya terbabit dengan program penajaan guru mengerjakan umrah bersama Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT).

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pihaknya tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu dan tidak mengetahui sebarang kegiatan YBNT yang dilaporkan aktif melaksanakan aktiviti pendidikan dan kebajikan.

“Saya tidak pernah menandatangani sebarang surat sokongan kepada YBNT bagi menjalankan aktiviti kebajikan di negeri ini,” katanya.

Idris yang juga Anggota Parlimen Besut berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian pakaian seragam sekolah kepada 500 pelajar sekolah daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, dekat sini hari ini.

Menurutnya, sebarang surat yang mengaitkan kementerian sama ada menyokong program YBNT atau sebagainya, adalah surat palsu yang mungkin dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, media sosial memaparkan surat yang mengaitkan nama Idris dalam YBNT setelah timbulnya isu kegagalan kira-kira 2,000 jemaah ke Makkah.

Menerusi kenyataan media baru-baru ini YBNT mendakwa, pihaknya memperoleh sumber kewangan daripada badan korporat Bumiputera dan ahli politik bagi melaksanakan program pendidikan dan keagamaan termasuk menaja pakej umrah.

Minggu lalu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman juga menegaskan bahawa kerajaan negeri tiada kaitan dengan YBNT dan pernah menolak permintaan mereka untuk bekerjasama kerana timbul keraguan terhadap dana yang diperoleh.

Susulan pelbagai isu, pejabat YBNT yang terletak di bandar Jerteh juga didapati telah ditutup. – BERNAMA

Tags: Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd