• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kaji Cadangan Perluaskan Kawasan KADA

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji cadangan memperluaskan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ke Rantau Panjang dan Machang.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kajian menyeluruh termasuk perundangan, perjawatan, sosioekonomi dan pengoperasian, perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdullah Mat Yassim mengenai kawasan pertanian yang perlu diperluaskan dan bila ia boleh dilaksanakan di bawah KADA, pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Setakat ini, KADA beroperasi di 10 kawasan termasuk Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas Pasir Putih dan Tumpat.

Menjawab soalan tambahan Abdullah mengenai pemberian duit saraan kepada petani yang menghadapi bencana terutama musim padi tidak menjadi, Tajuddin berkata kerajaan telah memberi pelbagai bantuan kepada petani.

Menurutnya, ini termasuk pemberian RM2,500 bagi satu hektar sawah padi, selain subsidi harga padi, subsidi baja padi, insentif pengeluaran padi dan subsidi harga beras.

Bulan lepas, Tajuddin berkata kementerian telah membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion sebagai subsidi dan insentif kepada 155,000 pesawah padi seluruh negara pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

27/06/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden parti, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd