• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejadian Tembak Di Jordan: 20 Pelancong Malaysia Selamat

oleh Ahmad Albab
19/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sekumpulan 20 pelancong Malaysia yang berada di Karak Castle, lokasi kejadian tembak menembak antara pasukan keselamatan Jordan dan sekumpulan lelaki bersenjata di bandar Karak, Jordan, petang semalam, disahkan selamat.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata bagaimanapun, dua rakyat Malaysia daripada kumpulan itu yang tercedera telah menerima rawatan di hospital berdekatan dan dilaporkan selamat.

Kesemua 20 pelancong itu diselamatkan oleh pasukan keselamatan Jordan dan sedang diberi perlindungan serta bantuan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kenyataan itu menyebut bahawa kedutaan besar Malaysia di Amman telah berhubung dengan pihak berkuasa Jordan yang mengesahkan kesemua pelancong Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Kedutaan juga mengeluarkan peringatan kepada semua rakyat Malaysia terutama pelajar di Universiti Mu’tah berhampiran bandar Karak supaya mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan kedutaan Malaysia sendiri, menurut kenyataan itu.

Serangan ke atas Karak Castle di Bandar Karak yang terletak 132km ke selatan ibu kota Amman itu mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang iaitu seorang wanita Kanada, tiga orang awam dan lima anggota polis.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 29 orang dibawa ke hospital, ada antaranya yang cedera parah, berikutan insiden itu.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. – BERNAMA

Tags: Jordankes tembakPelancongWisma Putra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd