• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebajikan Anggota Keselamatan Dibela Tanpa Kira Pangkat

oleh Ahmad Albab
23/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pengorbanan setiap anggota keselamatan yang terlibat dalam nahas atau tragedi semasa mempertahankan negara sentiasa dihargai dan kebajikan mereka dibela tanpa mengira pangkat, darjat atau kaum.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata nahas tidak memilih warna kulit, latar belakang kedudukan mahupun pegangan agama seseorang anggota.

“Ada masa dan ketika kita kena rapatkan barisan dan ketepikan pertimbangan lain yang sempit dan lihat kepada mereka yang berkorban jiwa dan raga untuk tanah air kita yang tercinta.

“(Sehubungan itu) selagi saya diamanahkan untuk memimpin Mindef (Kementerian Pertahanan) dalam hal yang berhubung kait dengan keselamatan dan pertahanan negara, percayalah kita tidak bezakan warna kulit agama, kedudukan, darjat keluarga anggota,” katanya kepada pemberita di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Beliau meluangkan masa melawat dua daripada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu Kapten Wai Lik dan Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan yang sedang dirawat di HPP selepas cedera dalam nahas pesawat Beechcraft B-200T milik TUDM di Pangkalan Udara Butterworth petang Rabu.

Hishammuddin berkata setiap nahas atau tragedi yang menimpa pasukan keselamatan negara merupakan ujian dan dugaan yang mempunyai hikmah dan harus dijadikan iktibar untuk menyedarkan kita agar tidak menumpukan kepada isu berkait dengan kebencian dan perpecahan semata-mata.

Beliau berkata aspek kebajikan anggota keselamatan merupakan satu daripada agenda terpenting pihaknya dan ia termaktub dalam Program Hala Tuju Mindef tahun hadapan.

Katanya adalah menyedihkan sekiranya kita hanya sedar akan kepentingan kesatuan dan perpaduan hanya ketika berhadapan dengan sesuatu nahas dan tragedi.

Dalam kejadian petang Rabu lepas, pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang itu terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth dekat sini.

Kejadian pada 5.18 petang itu mengorbankan juruterbang TUDM Mejar C. Kayamboo, 45, manakala tiga anggota lain cedera termasuk Wai Lik, 26, dan Mohd Sofi, 29, manakala seorang lagi Left Hamdi Ahmad Hanafi, 26, dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Difahamkan setiap anggota cedera menerima sumbangan RM10,000 setiap seorang dan kebajikan anak-anak anggota terlibat akan dibantu terutama dalam menyediakan kelengkapan persekolahan menjelang sesi persekolahan tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun Husseinkebajikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

137 Penduduk Pos Kemar Positif Malaria – KP Kesihatan

Next Post

6 Lot Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

Related Posts

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40

PM Nafi Abai Kebajikan Golongan M40

22/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis dakwaan bahawa kerajaan mengabaikan kebajikan golongan M40. (Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan...

Next Post

6 Lot Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd