• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Rampas 37 Kontena Rokok, Minuman Keras

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menumpaskan cubaan menyeludup 37 kontena rokok dan minuman keras bernilai RM10.5 juta daripada sebuah kapal di Jeti Bukit Gombak, Pulau Carey di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Pematuhan), Datuk T. Subromaniam berkata barangan bernilai cukai anggaran RM60 juta hingga RM80 juta itu dirampas kira-kira pukul 2.30 petang daripada kapal ‘Prelude Portsmouth’ yang berdaftar di Indonesia kerana dilihat mencurigakan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut terhadap kapal dagang itu, JKDM dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain turut menahan sembilan anak kapal warga Indonesia berumur antara 30 hingga 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati kapal dari Indonesia itu disyaki singgah di Singapura untuk mengambil muatan dan mendakwa akan bergerak ke destinasinya iaitu Filipina.

“Namun kita mengesyaki ada berlaku penyeludupan apabila kapal ini singgah dulu di Malaysia sedangkan ia boleh terus ke destinasinya tanpa melalui perairan negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui laluan sebenar kapal dagang berkenaan berikutan kapten kapal bersama seorang lagi lelaki meloloskan diri ketika penahanan dilakukan.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal yang ditahan reman sehingga Jumaat ini mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Beberapa agensi penguat kuasa laut negara ini sedang bekerjasama rapat memburu kedua-dua lelaki berkenaan kerana mereka turut membawa segala dokumen kapal ketika melarikan diri,” katanya.

Katanya kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut dan memindah barang belum lulus kastam.

Dalam pada itu, Subromaniam berkata JKDM sedang menilai semula kawalan keselamatan di 249 jeti persendirian di negara ini berikutan kebanyakan kes penyeludupan berlaku di kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, jabatan berkenaan akan lebih mempergiat aktiviti penguatkuasaan terhadap semua pelabuhan terutama jeti persendirian dalam usaha menurunkan sehingga 50 peratus jumlah kes penyeludupan pada tahun depan.

“Pembukaan jeti persendirian adalah untuk bantu aktiviti perdagangan di kawasan tertentu namun ada pihak mengambil kesempatan menyebabkan kes penyeludupan semakin meningkat. Kita akan atur semula gerak kerja untuk bendung isu ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: KastamRokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Suami Jutawan Kosmetik Tunjuk Perangai

Next Post

Petisyen Pembangkang Mahu AS Dedah MO1 Gagal

Related Posts

Setengah Jam Kejar Lori Seludup Rokok Dikawal 2 Kereta Tonto, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

Setengah Jam Kejar Lori Seludup Rokok Dikawal 2 Kereta Tonto, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

16/07/2025
0

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan penyeludupan rokok putih dianggar bernilai RM2.3 juta termasuk cukai menggunakan sebuah lori tiga tan...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Next Post

Petisyen Pembangkang Mahu AS Dedah MO1 Gagal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd