• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kanak-Kanak Syria Wira Sebenar’ – Ronaldo

oleh AK-47
25/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil memberikan sokongan moral terhadap mangsa korban perang saudara di Syria, khususnya di Aleppo.

Ronaldo yang baharu saja dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia 2016 dilaporkan akan memberi sumbangan untuk membeli makanan, pakaian dan ubat-ubatan untuk keluarga yang tinggal di Aleppo serta mangsa lain.

“Hello, ini adalah untuk anak-anak di Syria“, kata Ronaldo dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun sosial medianya semalam.

“Kami tahu kamu semua telah menderita selama ini. Saya mungkin pemain yang terkenal, tapi kamu adalah hero sebenar.

“Jangan hilang harapan. Dunia bersama kamu, kami ambil berat terhadap kamu, saya bersama kamu,” tambahnya.

Susulan video berkenaan, pengarah badan kebajikan Save the Children, Nick Finney dalam satu kenyataan mengucapkan berterima kasih atas sumbangan pemain terbaik dunia itu.

“Sumbangan Ronaldo akan bantu kami untuk membantu kanak-kanak dari Aleppo dan di Syria yang mengalami penderitaan yang tidak sepatutnya ditempuh oleh kanak-kanak.

“Ronaldo bukan sahaja ikon sukan berpengaruh, tetapi menjadi harapan kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia – dan harapan adalah apa yang kanak-kanak di Syria perlu sekarang” katanya.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 15,000 kanak-kanak dan lebih 300,000 orang telah terbunuh dalam konflik yang melanda Syria sepanjang tempoh lima tahun lalu. –MYNEWSHUB.CC

Tags: Aleppobola sepakCristiano Ronaldopelarian Syria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd