• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Mangsa Dera Ditempatkan Di Bawah JKM

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari Flat Paya Nahu dekat sini yang menjadi mangsa dera, akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula hari ini sehingga 25 Jan depan.

Perintah hak penjagaan sementara itu dikeluarkan Majistret Mohd Izham Ali di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001.

Mangsa yang sebelum ini menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini sejak 24 Nov lalu, dibenarkan keluar hospital kira-kira pukul 9 pagi ini dan tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.50 pagi dengan diringi pegawai JKM.

Kira-kira pukul 10.15 pagi, nenek mangsa berserta anggota keluarga terdekat turut tiba di mahkamah sebelum prosiding dilakukan di dalam kamar pada pukul 10.40 pagi dan berakhir kira-kira 10 minit kemudian.

Sementara itu, Pengarah JKM Kedah Md Noor Chik berkata kanak-kanak prempuan itu akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Jitra, untuk pemantauan dan pemerhatian lanjut.

“JKM mempunyai prosedur yang perlu diikuti, yang mana kita akan memantau semua aspek termasuklah keselamatan, kesihatan emosi dan fizikal mangsa dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini, mangsa akan ditempatkan di bawah jagaan JKM sehingga dia betul-betul sihat dan sekiranya ada waris mangsa yang menuntut hak penjagaan selepas tempoh diberi kepada JKM tamat, kita akan rujuk kepada mahkamah semula,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata nenek mangsa sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk menjaga cucunya itu, bagaimanapun JKM perlu meneliti beberapa aspek sebelum memutuskannya.

“Kita akan melihat kesediaan dan kemampuan nenek mangsa untuk menjaga mangsa. Jika ada permohonan daripada nenek mangsa, kita akan dapatkan perintah baharu daripada mahkamah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi, 24 Nov lalu, polis menjumpai mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibungkus dengan toto dan diletakkan di dalam tong ikan.

Kakaknya yang berusia empat tahun dikejarkan ke HSAH akibat cedera parah dipercayai akibat didera. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd