Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

“Kita Berdepan Bencana Yang...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkongsi...

Pasar Nelayan Mampu Tingkatkan...

KANGAR - Langkah kerajaan membuka pasar nelayan berjaya membantu meningkatkan pendapatan nelayan di...

Syor Tembak Saja Penyeludup...

JAKARTA - Ketua Agensi Narkotik Nasional (BNN) Indonesia, Budi Waseso semalam mengancam untuk...

40 Notis Dikeluarkan Gagal...

SEREMBAN – Empat puluh notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan terhadap 40 pemilik premis pada...

Jururawat Kuasai Empat Bahasa Demi Pesakit

MULIANYA hati seorang jururawat di sebuah hospital di Singapura apabila sanggup menguasai empat bahasa bagi memudahkannya membantu pesakit terutamanya warga emas yang mengalami penyakit kronik.

Mediacorp melaporkan Rujia Shahrul Hameed Ali fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Melayu dan dialek Hokkien yang dipelajarinya sendiri daripada pesakit yang kebanyakannya tidak boleh berbahasa Inggeris.

Jururawat Kuasai Empat Bahasa Demi Pesakit

Pegawai Pengurusan Kes Kanan dari Hospital Tan Tock Seng (TTSH) ini akan berkunjung ke rumah pesakit bagi menjalankan pemeriksaan dan memastikan pesakit memakan ubat mengikut aturan ditetapkan.

“Saya dapat memperkembangkan bahasa saya. Saya dapat memperbaiki bahasa Mandarin, Hokkien dan sekarang pula belajar Tamil. Saya rasa macam satu kepuasan di mana dengan pekerjaan ini, kita dapat membantu orang lain,” katanya yang dipetik dari Mediacorp.

Rujia merupakan sebahagian daripada jururawat yang menawarkan khidmat jagaan di rumah bagi pesakit kronik yang memerlukan bantuan selepas keluar dari hospital.

Program yang dimulakan pada 2012 itu adalah kaedah untuk mengurangkan kekerapan pesakit kronik dimasukkan semula ke hospital.


Jururawat Kuasai Empat Bahasa Demi Pesakit

Jelasnya, dia kini sedang berjinak-jinak bertutur dalam bahasa Tamil bagi memudahkan komunikasinya dengan pesakit.

Selain penguasaannya dalam empat bahasa itu, Rujia mempunyai hubungan rapat dengan pesakit, malah ada yang menganggapnya sebagai ahli keluarga mereka.

“Ada juga pesakit-pesakit lain yang menganggap saya sebagai anak, ada yang panggil saya cucu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori