Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Banjir: Gerakan Gesa DAP...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini didesak mengakui kejadian...

Gaji RM3,800 Tak Cukup...

SHAH ALAM - Pendapatan isi rumah sebanyak RM3,800 sebulan tidak dapat menampung kehidupan...

Ahmad Bashah Tidak Peduli...

ALOR SETAR – “ Saya tidak akan melayan apa-apa tuduhan atau serangan peribadi...

Hadkan Penjualan Kit Ujian...

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan mengehadkan penjualan kit ujian...

Jurukamera RTM Cedera Ditembak, Dibenarkan Pulang

GEORGE TOWN – Jurukamera RTM, Mohamad Amirul Amin Mohamad Amir, 28, yang cedera ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada 1 Dis lepas, dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Mohamad Amirul Amin yang ditemani ibunya, Bunisa Mohd Ali, 58, dan kakaknya dibenarkan pulang dari Hospital Pulai Pinang (HPP) pada pukul 1.45 tengah hari tadi.

Beliau yang ditemui pemberita mengakui sangat gembira kerana dibenarkan pulang selepas 12 hari menerima rawatan di hospital itu dan masih bersemangat untuk bekerja semula.

“Semangat nak kerja itu memang ada, tapi nak buat macam mana dugaan yang saya terima menyebabkan saya belum boleh kerja lagi…keadaan tidak mengizinkan,” katanya.

Ditanya sama ada doktor ada memaklumkan bila beliau boleh mula bertugas, Mohamad Amirul Amin berkata doktor memberitahu semua itu bergantung kepada keadaan fizikalnya.

Beliau berkata walaupun dibenarkan pulang, beliau masih perlu mendapatkan rawatan susulan di HPP setiap minggu.


Dalam kejadian 7.15 malam 1 Dis lepas, tiga lelaki termasuk ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwang, 32, maut manakala lima yang lain termasuk Mohamad Amirul Amin cedera akibat peluru sesat daripada tembakan yang dilepaskan pengawal peribadi Ong.

Mohamad Amirul Amin cedera di bahu kiri apabila ditembak lelaki itu ketika cuba membantu mangsa kerana menyangka ia membabitkan kemalangan jalan raya.

Ketika kejadian beliau dan seorang rakannya yang juga wartawan media cetak, dalam perjalanan ke majlis perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori