• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Tawar Diskaun Kompaun Memandu Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan kadar kompaun kepada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu atau lesen telah tamat tempoh.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata pengurangan kompaun daripada jumlah maksimum RM300 itu ditawarkan secara berperingkat kepada pemandu kenderaan dan juga penunggang motosikal yang melakukan kesalahan itu.

“Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

“Namun demikian, sekiranya pesalah menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, kadar pengurangan bayaran akan ditawarkan kepada mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi motosikal, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun ditawarkan sebanyak RM100, 16 hingga 30 hari (RM150), 31 hingga 60 hari (RM250).

Bagi lain-lain kenderaan, jika bayaran dibuat dalam tempoh satu hingga 15 hari, kompaun yang ditawarkan adalah sebanyak RM150, 16 hingga 30 hari (RM200), dan 31 hingga 60 hari (RM300).

Pembaharuan lesen memandu yang telah tamat tempoh boleh dibuat di semua pejabat JPJ mahupun agensi yang dilantik tanpa dikenakan kompaun.

Pembaharuan lesen itu hanya tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

JPJ juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej JPJ melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan salah faham (berkaitan JPJ),” demikian menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: JPJLesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd