• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Rakyat Malaysia Lemas Di Australia Tiba Di Tanah Air

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na’imullah Zubir, 26, yang ditemukan lemas di Myrtleford, Melbourne, Australia pada 13 Disember lalu, tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Jenazah tiba menerusi penerbangan Thai Airways TG415 pada 11.55 pagi dan pengeluaran jenazah diuruskan bapa saudara, Osman Ahmad, 59, dan adiknya Muhd Faiz Farhan Zubir, 22.

Jenazah dibawa keluar dari Kompleks Kargo KLIA pada 1.55 tengah hari dan terus dibawa ke Johor Bahru, Johor untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff Johor Bahru.

Muhammad Farhan Na’imullah yang bekerja sebagai pengutip buah di Farm Buffalo Orchard sejak Januari lalu lemas ketika mandi di Sungai Ovens, berhampiran rumah sewanya pada 13 Disember.

Mayatnya ditemukan pasukan penyelamat Australia kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) pada hari kejadian selepas dihanyutkan arus.

Bekas pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah itu bekerja sementara sebagai pengutip buah sejak Januari lalu dan sepatutnya pulang semula ke tanah air awal tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan selepas bertunang dengan rakan sekolejnya pada September lalu.

Sementara itu, kakak arwah, Nurdiyana Zubir, 29, mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi sumbangan untuk membawa pulang jenazah adiknya ke tanah air. – BERNAMA

Tags: jenazahmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd