• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Kembar Tiga Terlibat Nahas Meninggal Dunia

oleh AK-47
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Ibu kepada kembar tiga yang terbabit kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Desa Permai, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, kira-kira 1.40 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, meninggal dunia selepas dua hari dirawat di hospital itu.

“Wan Suhana mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman dan kaki, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ. Kematian mangsa menjadikan lima
maut dalam kemalangan yang berlaku pada 3 petang Sabtu lepas itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata seorang lagi mangsa iaitu adik ipar Wan Suhana, Nursyuhaidah Jusoh, 23, masih menerima rawatan di HTJ, manakala seorang daripada tiga anak kembar mangsa, Nur Farhimi berusia setahun, telah pun dibenarkan keluar wad.

Sabtu lepas, suami Wan Suhana iaitu Mohd Fadzil Jusoh, 37, dua anak kembar mereka iaitu Muhd Farhan dan Nur Farhana serta ibu Mohd Fadzil, Nazipah Chik, 60, meninggal dunia pada hari kejadian.

Kemalangan itu berlaku apabila Proton Saga dinaiki enam sekeluarga terbabit yang dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu ke Johor bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.- BERNAMA

Tags: kemalangan mautmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd