MESKIPUN pada tahun lepas Emma Tapping, 28, dibidas kerana memberikan 87 jenis hadiah berharga lebih RM8,000 kepada tiga anaknya sempena krismas, namun Emma tidak peduli.
Malahan tahun ini, dia bercadang untuk menambah jumlah berkenaan kepada 96 jenis, walaupun kebanyakan hadiah yang diberikan pada tahun lepas, masih belum habis digunakan oleh anak-anaknya.
Tindakan Emma itu, yang berasal dari Isle of Man telah disifatkan sebagai terlalu memanjakan anak. Namun Emma tidak peduli dan telah mula membeli hadiah-hadiah terbabit sejak Julai lalu.
“Dulu saya mungkin terpaksa menjelaskan apa yang saya lakukan itu tetapi kini saya tidak peduli. Melihat wajah anak-anak saya ketika mereka membuka hadiah-hadiah berkenaan adalah sangat bererti.
“Tahun ini saya akan memuatnaik lagi gambar hadiah berkenaan. Jika anda tidak suka, jangan tengok dan nasib baik saya bukan ibu anda,” katanya.
Emma menjadi perhatian tahun lepas selepas gambarnya yang dimuatnaik dalam akaun Instagram telah tersebar secara meluas.
“Jika anda bertanya sama ada saya memanjakan anak-anak, ya. Tetapi saya tidak melakukannya sepanjang tahun. Mereka mendapat keperluan mereka seperti pakaian seragam sekolah dan kami juga tidak pergi melancong ke luar negara.
“Apa sahaja yang mereka mahu untuk krismas, mereka akan mendapatkannya,” jelas Emma. – MYNEWSHUB.CC
