• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Safiey Ilias Satu Penghijrahan Yang Gagal?

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka cerita “si pondan” yang mahu kembali menjadi lelaki ini menjadi cerita besar. Segala kisah gelapnya jadi perhatian.

Akhirnya semua bersetuju dan gembira. Dia telah melalui sebuah penghijrahan. Dek kerana penghijrahannya itu disiarkan di kaca TV, jadilah ia sebuah penghijrahan fenomena.

Dia kembali menjadi lelaki. Membuang implan di dadanya, kembali ke tandas jantinanya yang sebenar, mula berpakaian sewajarnya, mula membasah mukanya dengan air sembahyang.

Dia menangis panjang mengenang dosa. Berteleku di masjid memohon simpati. Tunduk dan sujud saban waktu yang perlu. Dia kembali. Semua bersyukur dan bangga.

Fasa baru bermula. Dalam hijrah panjang itu dia sering berkongsi cerita pada saya. Resah dan ketakutannya bila hakim-hakim jalanan dan media baharu mula mengambil tempat.

Mulalah serangan peribadi. Kenapa muka masih macam perempuan. Lelaki perlu ada janggut. Kenapa kulit masih putih bersih, lelaki perlu gelap berurat.

Kenapa masih berniaga bahan kecantikan, kenapa masih berpakaian warna wanita, kenapa rambut masih panjang.. dan pelbagai kenapa lagi…

Dia mula rasa penghijrahannya lebih menyulitkan. Semua yang dibuatkan salah pada mata hakim-hakim ini.

Kemuncaknya, dia berkata – baik saya jadi pondan semula!

Lantas banggalah hakim-hakim ini. Sudah jangka penghijrahan ini sekadar ada. Ia penghijrahan bisnes. Ia penghijrahan untuk nama.

Pada tika itulah serangan pada saya bermula – kau salah mentafsir niat. Dia gunakan hijrahnya untuk bisnes, dia gunakan agama. Kau gagal dalam dakwah ini.

Saya banyak berdiam diri. Kadang kala rasa kecewanya. Namun saya belajar sesuatu kerja dakwah adalah jalan paling berliku.

Kisah si pondan yang berhijrah kononnya dengan menjual agama kini diam.

“Si pondan” itu baharu pulang dari Umrah. Di bawanya seisi keluarga dan sahabat sepondannya dulu. Dia menyerah segala kesilapannya di rumah Tuhan. Dia menyerah diri pada agama.

Kini dia botak. Moga tuhan gugurkan dosa-dosanya bagai gugurnya rambutnya. Dia kembali dengan kekuatan baharu. Moga dia kuat dan terus kuat.

Dia mungkin akan buat kesilapan lagi. Fahamkan dia dengan sebaiknya. Mengkritik dan menghina tidak akan membawa perubahan yang baik. Ia hanya menghantar dia pada kehendak mahu sahaja kembali ke jalan lama.

Tuan – cukuplah menjadi hakim pada orang lain. Setiap manusia ada jalan ujian yang Tuhan sediakan. Untunglah tuan jadi lelaki dan perempuan yang tulen. Namun jangan ketepikan yang lain.

Kita tidak pernah tahu mana amalan kita yang diangkat tuhan, seperti mana kita tidak tahu kejahatan mana yang akan membakar di hari pembalasan kelak.

Jika ada mereka yang tersasar, bantulah dengan berhikmah seperti mana kita mahu dibantu.

Tidak ada sesiapa yang mahu terus sesat!

Adinda Safiey Ilias, terus kuat membina empayar dan agama. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: HijrahSafiey Iliasumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd