• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Terima Alat Pengesanan Awal Kanser Serviks

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Cervisafe, sejenis alat ujian pengesanan awal kanser serviks bakal diperkenal di hospital-hospital kerajaan tahun depan untuk mengurangkan kos perubatan kanser.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kanser serviks adalah kanser kedua membunuh wanita di negara ini selepas kanser payudara dan penyakit itu mampu dibendung dengan adanya ujian pengesanan awal.

Menurutnya, pihak kementerian sedang dalam proses untuk membawa alat pengesanan Cervisafe ini ke hospital-hospital kerajaan supaya lebih ramai lagi rakyat khususnya golongan wanita dapat menjalankan ujian yang dikatakan 99.9 peratus tepat itu.

“Setakat ini, alat pengesanan itu hanya digunakan di hospital swasta tetapi saya yakin tanpa sebarang halangan, hospital-hospital kerajaan juga bakal mempunyai peralatan itu tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Terhadap Kanser Serviks di sini hari ini.

Katanya, hospital swasta mengenakan caj sehingga RM800 sekali ujian untuk Cervisafe dan sekiranya alat itu boleh diperkenalkan di hospital kerajaan, kos perkhidmatan itu akan dapat dikurangkan.

Beliau berkata alat pengesanan itu diperkenalkan oleh DNA Research Centre (M) Sdn Bhd hasil kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membantu kaum wanita menjalani ujian.

Sementara itu, Pengarah LaDIY Healthcare, anak syarikat di bawah DNA Resources Centre, Romli Ishak berkata Cervisafe merupakan sejenis alat yang berfungsi seperti ujian pap smear untuk mengesan kehadiran virus HPV lebih awal dengan mudah, ringkas dan tidak menyakitkan.

Romli menerangkan bahawa Cervisafe Kit adalah alat pengambilan sendiri sampel serviks untuk mengesan perubahan sel dan kehadiran virus HPV.

“Ia direka khas mengikut kesesuaian tubuh wanita yang menjadikan pengambilan sampel secara sendiri lebih praktikal dan selesa. Tanpa kehadiran doktor atau pakar perubatan, wanita lebih bersedia dan tidak malu menjalani ujian tanpa kehadiran orang lain,” katanya.

Katanya, proses ujian ini dijalankan adalah dua dalam satu iaitu membabitkan ujian HPV DNA dan ujian pap sehingga ia mampu mengesan 100 peratus keganjilan sel pada serviks.

“Untuk itu sekiranya didapati ada virus HPV, rawatan susulan akan segera dijalankan terutama meningkatkan imunisasi sistem badan menerusi pengambilan makanan tambahan serta gaya hidup sihat yang perlu diamalkan,” kata Romli.

Tambahnya, ujian itu dijalankan di makmal UKM, Bangi dan keputusan ujian itu boleh diperoleh selepas tujuh hari menerima sampel. – BERNAMA

Tags: CervisafeHilmi YahayaKanser Serviks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Negeri Sumbang 8,000 Kit Ujian Saringan Kanser Serviks

Kerajaan Negeri Sumbang 8,000 Kit Ujian Saringan Kanser Serviks

22/01/2024
0

ISKANDAR PUTERI : Kerajaan negeri menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyumbangkan 8,000 kit ujian pengesanan awal kanser...

Belum Cadang Ketum Ubat Sakit, Pulih Tagih Dadah

17/12/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan ketagihan dadah, walaupun struktur dan molekul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd