• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Spekulasi Insiden Tembak – Ketua Polis Negeri

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis negeri meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi liar berhubung insiden tembak di lebuh raya Lim Chong Eu Khamis lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab semasa dihubungi Bernama, berkata kejadian itu suatu insiden terpencil membabitkan seorang yang mempunyai masalah mental.

“Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri telah mengesahkan penembak itu, pengawal peribadi Datuk Ong Teik Kwang yang terbunuh, mempunyai masalah mental, jadi jangan kaitkan dengan kegiatan kongsi gelap,” katanya.

Abdul Ghafar turut menafikan laporan kononnya polis telah mengesahkan kaitan Ong dengan aktiviti kongsi gelap.

“Laporan itu mengelirukan. Kami tidak pernah mengesahkan tentang hubungan Ong dengan mana-mana kongsi gelap. Orang ramai perlu faham bahawa ada perkara-perkara tertentu yang polis tidak boleh dedahkan atas faktor keselamatan,” katanya.

Mengenai perkara lain, Abdul Ghafar berkata polis tidak terlibat dalam menapis penerima anugerah yang membawa gelaran ‘Datuk’ dan hanya menapis para pegawai polis yang bakal menerimaa anugerah.

Berikutan kematian Ong yang juga dikenali sebagai Datuk M (Datuk Muda), seorang ahli perniagaan dan pemilik kelab, ramai yang mempersoal bagaimana simati boleh mendapat gelaran itu pada hal dia didakwa mempunyai rekod jenayah.

Mengenai kejadian Khamis lepas, tiga orang termasuk Ong mati ditembak, sementara lima cedera termasuk jurukamera RTM Muhamad Amirul Amin Amir, 27, akibat peluru sesat yang dilepaskan pengawal peribadi Ong.

Dua suspek ditahan reman hingga Jumaat untuk membantu siasatan dan polis telah merampas senjata yang digunakan dalam insiden itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd