• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Prinsip Rukun Negara – Subramaniam

oleh Ahmad Albab
04/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setiap lapisan masyarakat di negara ini perlu menghayati prinsip Rukun Negara, iaitu asas kepada kehidupan bermasyarakat harmoni dalam negara yang mempunyai kepelbagaian dari aspek agama, bangsa, kaum, bahasa dan budaya.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata walaupun Rukun Negara dibentuk 46 tahun yang lalu, ia masih kekal relevan sebagai asas penyelesaian kepada pelbagai isu yang timbul di kalangan masyarakat hari ini.

Beliau berkata di dalam negara ini sekarang, terdapat pelbagai perbincangan berkaitan isu yang berlaku dan satu daripada jalan terbaik adalah untuk kembali kepada semangat Rukun Negara.

“Rukun Negara dilahirkan pada saat yang susah untuk negara iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ketika itu, tokoh dan pemimpin negara berpendapat bahawa mungkin ini (Rukun Negara) akan menjadi penyelesaian membawa masyarakat bersama dan menyatupadukan mereka,” katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.

Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, bercakap demikian selepas merasmikan Jamuan Malam dan Kebudayaan 1Malaysia, yang turut dihadiri Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L.Manickam.

Mengulas lanjut, beliau berkata prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara telah banyak membantu menyelesaikan pelbagai isu di dalam negara serta memastikan negara sentiasa aman dan damai.

“Oleh itu, kita juga telah menerima hakikat bahawa Malaysia rakyatnya terdiri daripada masyarakat berbeza dan kepercayaan berbeza tetapi hidup dalam aman dan damai melalui sifat hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Prinsip Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970.

Antara objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Lima prinsip Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd