• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Hamidun Tak Mungkin Rakam Album

oleh Ahmad Albab
23/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Hafiz Hamidun tidak berminat untuk merakamkan album selepas penjualan albumnya kurang mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini.

Hafiz, 32, berkata, penghasilan album tidak lagi relevan memandangkan landskap industri muzik pada hari ini lebih menjurus kepada penjualan single.

“Sebelum ini hendak menjual 20,000 unit album dalam satu bulan adalah mudah tetapi sekarang sangat susah.

“Perkara ini terjadi kerana corak pembelian pengguna sudah berubah dan sebab itu saya tidak mahu lagi menghasilkan album penuh dan akan memberi tumpuan kepada penghasilan single sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Untuk rekod, Hafiz pernah menghasilkan tujuh buah album solo iaitu Hafiz Hamidun (2007), Syukran (2009), Zikir Terapi Diri (2011), Sirah Teragung Muhammad SAW (2012), Zikir Terapi Diri 2 (2013), Zikir Terapi Diri 3 (2014) dan I Love Rasulullah (2015).

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia akan melancarkan album terakhirnya pada pertengahan tahun hadapan yang memuatkan sebanyak 14 buah lagu.

Katanya, album yang dihasilkan di Turki itu menelan kos sebanyak AS$50,000 (RM230,000) dan sedang dalam proses adunan terakhir.

“Album berkenaan sebenarnya sudah siap tetapi ia masih dalam proses adunan di Turki dan kosnya agak tinggi selepas mata wang Amerika Syarikat melonjak naik berbanding Ringgit Malaysia.

“Jadi saya biarkan dahulu dan Insya-Allah April tahun depan saya akan lancarkan album terakhir itu,” ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata, keputusannya itu tidak bermakna dia akan meninggalkan bidang nyanyian sebaliknya akan terus aktif seperti biasa.

“Saya tetap akan menyanyi kerana ini adalah jalan dakwah saya dan Insya-Allah saya akan menghasilkan lagu baharu tetapi single sahaja,” ujarnya. – mStar Online

Tags: hafiz hamidunpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Bendahari PAFA Parah Ditetak

Next Post

Minta Gaji Tinggi Punca Graduan Terus Menganggur

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Minta Gaji Tinggi Punca Graduan Terus Menganggur

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd