• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Grup WhatsApp Arab Saudi Galak Suami Poligami

oleh
26/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Satu grup WhatsApp diwujudkan di Arab Saudi bagi menggalakkan poligami sekali gus mengatasi masalah peningkatan bilangan janda bercerai, balu kematian suami dan wanita bujang.

Kelompok tersebut ditubuhkan oleh sekumpulan lapan pegawai pejabat pendaftaran perkahwinan di Arab Saudi, menurut akhbar berpengaruh Saudi Gazette yang dipetik pelbagai agensi berita antarabangsa di sini hari ini.

Akhbar tersebut bagaimanapun tidak memberikan nama para pegawai terlibat namun ia melaporkan mereka telah berjaya menubuhkan satu kumpulan khas menerusi aplikasi mudah alih berkenaan di bawah nama “poligami”.

Menurut Saudi Gazette, ahli kumpulan itu menyebarkan mesej-mesej WhatsApp yang menyeru ramai pemuda di negara itu supaya mengambil lebih daripada seorang isteri sekali gus menggalakkan poligami dalam kalangan lelaki.

Keadaan itu kata mereka, demi mengurangkan bilangan wanita tempatan yang masih tidak berpunya. Mereka sudah mengumpul data sekitar 900 wanita yang terdiri daripada janda diceraikan, balu kematian suami dan wanita dara.

Kumpulan WhatsApp tersebut malahan mendakwa sudah berjaya mengumpul cukup data mengenai wanita yang tidak kisah untuk mereka bakal dijadikan sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat mana-mana suami orang.

poligami

Senarai calon berkenaan selain terdiri daripada kalangan wanita Arab Saudi, ia juga bahkan meliputi wanita dari Yaman, Maghribi, Syria, Palestin, Mesir, Nigeria, Bangladesh, China, Pakistan dan banyak lagi negara asing.

Paling menarik, calon memberi maklumat lengkap agar pegawai perkahwinan dapat menghubungi mereka setiap kali ada jejaka berminat untuk bernikah, meskipun hanya memberikan kerakyatan dan nama etnik mereka.

Laporan Saudi Gazette itu menyatakan bahawa ratusan wanita yang berusia antara 18 hingga 55 tahun, setinggi 140 hingga 177 sentimeter dan seberat 45 hingga 98 kilogram – sesuai untuk pelbagai cita rasa kepada suami orang.

Tahap pendidikan wanita berkenaan juga bukan calang-calang latar belakang – ada calon yang didapati mempunyai peringkat pengajian ijazah sarjana muda, sarjana lanjutan, kedoktoran falsasah dan ada pula pensyarah universiti.

Bahkan, berita baik untuk lelaki Arab Saudi – para pegawai perkahwinan tersebut berkata mereka bersedia untuk membantu dalam mencarikan mereka jodoh tanpa dikenakan sebarang bayaran perkhidmatan tambahan.

Bagaimanapun, sesetengah wanita mengajukan syarat yang mungkin sukar dipenuhi – ada minta hantaran 60,000 riyal Saudi (kira-kira RM71,000) dan ada pula mahu suami yang hafal Al-Quran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudipoligami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd