• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Sedar Keutamaan Pelaburan Pemegang Saham

oleh Ahmad Albab
23/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berkata ia menghormati pandangan pemegang sahamnya dan menyedari mengenai hak mereka untuk membeli atau menjual saham mereka mengikut keutamaan pelaburan mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata pengeluar minyak sawit itu akan terus menumpukan kepada perniagaan terasnya, meningkatkan produktiviti aset sedia ada dan menjual aset bukan teras untuk memberi pulangan kepada pemegang sahamnya.

“Kami akan terus melakukan ini selain mematuhi prosedur tadbir urus yang berkaitan secara telus dan bertanggungjawab.

“Kami teguh dengan komitmen kami untuk membuka potensi penuh kami dan membawa nilai kepada pemegang saham FGV,” katanya dalam kenyataan hari ini, sebagai respons kepada langkah yang diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melepaskan pegangan sahamnya dalam FGV.

Pada Khamis, dana persaraan itu berkata ia tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam FGV memandangkan ia memberi jaminan kepada ahlinya bahawa ia mengamalkan tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan peruntukan aset strategik.

KWSP berkata ia memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya dalam kumpulan itu.

Dana persaraan itu turut mengesahkan pinjaman RM6.5 bilion yang diambil oleh Felda Holdings Bhd tidak mempunyai sebarang tunggakan dan meneruskan pinjaman mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.

Zakaria berkata FGV akan terus berurusan dengan KWSP dan komuniti pelabur untuk memaklumkan perkembangan terkini mengenai kemajuan perniagaannya.

“Kami bersama KWSP menggesa pihak berkepentingan kami dan orang ramai pada umumnya, untuk merujuk soalan mereka secara terus kepada organisasi yang berkenaan dan tidak dikelirukan oleh media sosial dan sumber dalam talian tidak berasas,” katanya. – BERNAMA

Tags: FGVSaham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd