Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Gaza Jadi Zon Maut,...

NEW YORK - Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang 'tidak berperikemanusiaan' kini berlaku di...

Mahkamah New Zealand Tukar...

Mahkamah di New Zealand menukar syarat ikat jamin tertuduh ialah Pegawai Waran II...

Kod Penerbangan 8501 Bakal...

Akibat tragedi kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pada pagi Ahad, Air Asia...

Cuai Punca 23 Maut...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan lebih 70 lagi cedera selepas 14 gerabak...

FAM Wajar Taja Faiz Subri Ke Zurich – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar menaja Mohd Faiz Subri ke Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich pada Januari depan, selepas jaringan pemain Pulau Pinang itu tersenarai antara tiga jaringan terbaik dunia.

Naib Presiden FAM, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pencalonan tersebut adalah sesuatu yang membanggakan negara dan ia jarang berlaku apabila pemain Malaysia terpilih antara tiga terbaik dunia bagi menerima anugerah itu.

“Pada pandangan saya, bagi Mohd Faiz ini, FAM perlu menaja beliau ke sana (Zurich) bersama keluarganya kerana ia merupakan perkara yang jarang berlaku.

“Memang dia (Mohd Faiz), daripada seluruh dunia hanya tiga dipilih dalam Anugerah Puskas itu dan saya amat bersetuju beliau ditaja FAM dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sesi dialog rakyat bertajuk ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ di sini hari ini, bersempena sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang disambut di seluruh negara.

FIFA menerusi laman sesawang rasminya, www.fifa.com pada 2 Disember lepas mengumumkan gol ajaib Mohd Faiz tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan bersama-sama pemain kelab Corinthians dari Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.


Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman sesawang rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori