Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Pesalah Pertama Akta Seksual...

PUTRAJAYA - Seorang pembantu kedai kek hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen...

Darul Hana Mercu Baharu...

KUCHING - Tepat 11 malam 11 minit dan 11 saat malam tadi, 11...

Pengawal Keselamatan: Sri Lanka...

KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan pengusaha syarikat pengawal keselamatan menyambut baik keputusan kerajaan...

Muhamad Ali Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp, Tan Sri...

ESSCom Rampas 14,740 Batang Rokok Seludup Di Lahad Datu

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang menerajui operasi pasukan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) berjaya merampas 14,740 batang rokok seludup dari pelbagai jenis di sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Cenderawasih pagi semalam.

Komandernya Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata penemuan rokok itu terbongkar selepas soal siasat anggota Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama anggota daripada Komtek 16 terhadap dua suspek yang ditahan di kawasan berhampiran rumah kedai berkenaan.

“Jenis rokok yang ditemui dalam sebuah bilik khas rumah kedai itu adalah 5,000 batang rokok Astro Merah, 3,320 batang rokok jenama Premium, 2,280 batang rokok Gudang Garam, 2,100 batang rokok Astro Putih, 1,680 batang rokok Minnie dan 360 batang rokok Apache,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil risikan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki berumur 34 tahun yang juga merupakan pemilik rumah lot kedai dan rokok seludup berkenaan.

“Kesemua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada ibu pejabat polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di Seksyen 135 (1)(d) 1967 Akta Kastam,” katanya.

Sementara itu, Pos Kawalan Angkatan Tugas Bersama (ATB) Kapalai Resort berjaya mematahkan cubaan dua lelaki dan seorang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar 40 jerikin disyaki minyak petrol di kawasan perairan Semporna pada petang Rabu.


Abdul Bari berkata sepasukan anggota ATB yang membuat rondaan terserempak lalu memeriksa sebuah bot pam mencurigakan yang dinaiki ketiga-tiga suspek berkenaan yang berumur lingkungvan 30 hingga 58 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Ketika pemeriksaan minyak petrol itu disembunyikan di dalam bot berkenaan dan mereka tidak mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya.

Dalam kejadian itu turut disita perahu dan dua enjin pam yang digunakan dalam kegiatan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM9,450.

Beliau berkata semua suspek dan rampasan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/1961 dan Ordinan Perkapalan dan Saudagar 1960. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori