• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EPL: Manchester City Kalahkan Arsenal 2-1

oleh
20/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Manchester City berjaya merapatkan jurang antara pasukan itu dengan pendahulu Liga Perdana England (EPL) Chelsea setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Arsenal pada Ahad.

Ini walaupun City ketinggalan satu gol dalam perlawanan tersebut.

Anak buah Pep Guardiola bangkit daripada jaringan awal Theo Walcott dengan menyumbatkan dua gol hasil jaringan Leroy Sane dan Raheem Sterling.

“Pada masa rehat, saya memberitahu mereka supaya jangan memikirkan tentang keputusan pada waktu itu. Saya memberitahu mereka supaya terus berusaha. Arsenal bernasib baik dalam separuh masa pertama,” kata Guardiola.

“Para pemain memberikan segalanya dalam setiap perlawanan. Saya berbesar hati menjadi jurulatih City. Mereka sentiasa bersemangat.”

Kemenangan kedua City dalam masa lima hari itu membantu pasukan itu menduduki tempat kedua, sekaligus merapatkan jurang dengan Chelsea kepada tujuh mata menjelang jadual sibuk sempena perayaan Krismas ini.

Sedang Arsenal tumbang di tangan City, pesaingnya Tottenham Hotspurs mengalahkan Burnley 2-1 di White Hart Lane.

Satu lagi perlawanan pada Ahad (18 Dis) menyaksikan penyerang Southampton Jay Rodriguez menjaringkan dua gol bagi memberi pasukannya kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth. – AFP

Tags: Arsenalbola sepakManchester City
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd