• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elly Bengang, Azmi Tuduh Dirinya Main Kayu Tiga

oleh AK-47
07/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMINAT hiburan tempatan pastinya sedia maklum mengenai krisis rumah tangga yang melanda penyanyi Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta yang hangat dipertontonkan menerusi media cetak mahu pun media elektronik.

Namun semalam, pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu meluahkan rasa syukur di laman Instagramnya (IG) apabila bekas suami, Azmi Hatta sudi melawat anak mereka, Puteri Sarah Sefhia yang kini berusia sembilan bulan.

Tapi hari ini lain pula jadinya apabila Elly memuat naik status di IG miliknya berbaur nada kekecewaan dan bengang dengan sikap bekas suami yang meyebarkan cerita dirinya pernah terkantoi berdua-duaan dengan seorang lelaki di sebuah hotel dan insiden berkenaan didakwa oleh Azmi sebagai punca perceraian mereka.

Entahlah.. Baru semalam datang rumah jumpa Sefhia.. da elok da .. lega hati ni ..rupa2nya lega sy hanya utk seketika.. Dan sekarang drama lain pulak kluar.. da x tau Nak buat baik mcm mana lg dengan si azmi hatta ni .. Kite buat baik di baginya kejahatan pulak pada kite .. Ni nak tanya .. tak cukup lagi ke yg kamu buat 20 Surat Akuan bersumpah cubaan utk memalukan saya, wahai azmi hatta? Ni cubaan Apakah? Ni lah Cara utk penutup kecurangan sendiri..lepas tu sebarkan cerita yg sy ditangkap oleh dia sewaktu saya dgn lelaki lain dlm hotel Dan itu punca kami bercerai? Sejenis kurang ajar apakah ini, wahai azmi hatta? 2 Bulan sy bernikah terus sy mengandungkan anak pertama .. 3 Bulan kemudian,saya keguguran.. Selepas 3 Bulan,sy mengandungkan sefhia Dan 3 Bulan selepas itu, kami pun Berpisah .. Gurauan Apakah ni wahai azmi hatta.. Bila kamu ni Nak move on? Apa,kamu masih x bahagia kah sampai masih ganggu kehidupan sy? Sengaja Nak menyakitkn hati sy? Mohon sgt,Boleh x tolong Nikah cepat? Mungkin lepas nikah hidup kamu akn lebih tenteram bersama kekasih tersayang.. Tolong lah move on .. Jangan ganggu saya lg .. sy bukan sejenis yg suka ugut2 Nak Saman x abis2.. Tak ada perasaan malu ke kisah “BUSUK” ni berpanjangan, wahai Azmi hatta?berilah ruang utk sy bahagia dgn sefhia & abah selepas apa yg kami bertiga harung..Mohon jgn ganggu kami .. kami bertiga bahagia kini .. bahagia juge dgn org sekeliling yg hulurkan tangan kpd kami..sudah2 la tu azmi hatta .. Org pun Dah meluat kisah drama telenovela yg xde penghujungnya ni.. Pergilah kerja cari duit dari sebuk pukul canang sana sini utk menunjukkan diri tu tidak bersalah, wahai azmi hatta .. Sekarang ni sy x mahu saman kamu .. tp saya Nak kamu wahai azmi hatta, tolong beri penjelasan Dan bukti yg kamu menangkap saya dgn lelaki lain di hotel.. Mohon jgn buat sy tukar fikiran, wahai azmi hatta.. walaupun hebat perbuatan buruk kamu kpd sy , wahai azmi hatta, sy akn tetap memaafkan kamu , wahai azmi hatta.. Sy pilih Kasih sayang & bukan kebencian.. Terima Kasih.. #LuasKanKasihSayang #HidupJanganDiBelengguDenganHasad #PergilahSolat

A photo posted by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on Dec 6, 2016 at 5:53pm PST

“Ni cubaan apakah? Ni lah cara untuk penutup kecurangan sendiri..lepas tu sebarkan cerita yang saya ditangkap oleh dia sewaktu saya dengan lelaki lain dalam hotel dan itu punca kami bercerai? Sejenis kurang ajar apakah ini, wahai Azmi Hatta?” luah Elly.

Malah Elly juga dengan tegas ‘merayu’ kepada bekas suaminya itu untuk tidak mengganggunya lagi dan berhenti menyakiti hatinya serta move on.

“Gurauan apakah ni wahai Azmi Hatta.. Bila kamu ni nak move on? Apa, kamu masih tak bahagia kah sampai masih ganggu kehidupan saya? Sengaja nak menyakitkan hati saya? Mohon sangat, boleh tak tolong nikah cepat? Mungkin lepas nikah hidup kamu akan lebih tenteram bersama kekasih tersayang.. Tolong lah move on.. Jangan ganggu saya lagi..saya bukan sejenis yang suka ugut-ugut nak saman tak abis-abis.. Tak ada perasaan malu ke kisah ‘BUSUK’ ni berpanjangan, wahai Azmi hatta? Berilah ruang untuk saya bahagia dengan Sefhia & Abah selepas apa yang kami bertiga harung.”

Selain itu, Elly juga meminta bekas suaminya itu mengemukakan bukti dan penjelasan ke atas dakwaan-dakwaan yang dilemparkan itu dan berhenti daripada terus berdrama.

“Sekarang ni saya tak mahu saman kamu..tapi saya nak kamu wahai Azmi Hatta, tolong beri penjelasan dan bukti yang kamu menangkap saya dengan lelaki lain di hotel,” ujarnya.

Status yang dikongsi itu telah meraih perhatian peminat Elly yang tidak putus-putus memberi kata semangat kepada selebriti pujaan mereka supaya sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: azmi hattaELLY MAZLEINkontroversimyArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd