• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Remaja Malaysia Diintai MU Dan Liverpool

oleh AK-47
02/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA orang remaja lelaki, Adam Roshan dan Mohd. Yusry, yang juga finalis program bola sepak Million Dollar Feet, telah menjalani sesi latihan ujian di pusat latihan Nottingham Forest di hadapan para peninjau bakat daripada Liga Perdana Inggeris dan First Division.

Selepas berjaya mempamerkan persembahan yang mantap pada peringkat akhir pertandingan Million Dollar Feet, Adam dan Yusry telah melalui latihan intensif di dalam kategori bawah-16 tahun di pusat latihan kelab Nottingham Forest, Wilford Lane.

Meskipun terpaksa mengharungi keadaan cuaca sejuk, kedua-dua remaja lelaki tersebut tetap menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa latihan intensif selama dua jam termasuk cabaran berprestasi tinggi berasaskan skil.

Dua Remaja Msia Diintai Manchester United Dan Liverpool
Adam Roshan dan Mohd, Yusry bersama-sama peserta latihan lain di pusat latihan Nottingham Forest di Wilford Lane.

Apa yang lebih membanggakan, kebolehan hebat Adam dan Yusry ini berjaya menarik perhatian ramai orang penting Liga Perdana daripada kelab-kelab terkemuka seperti Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Everton!

Bukan setakat itu, malah Nottingham Forest dan Derby County turut menunjukkan minat terhadap kedua-dua remaja dari Malaysia ini.

Pencapaian cemerlang kedua-dua bakat baru ini membuktikan bahawa sukan bola sepak di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah. Tidak mustahil Adam dan Yusry akan bawa Malaysia ke Piala Dunia satu hari nanti.

Mana tahu, kan? – MYNEWSHUB.CC

 

Tags: bola sepakLiverpoolManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd