• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Penjenayah Ditembak Mati Di Kunak

oleh AK-47
12/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Dua penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Ladang Tingkayu, dekat sini awal pagi tadi, dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, penyeludupan dan rompakan bersenjata api.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata bertindak atas risikan dan maklumat awam, Ketua Polis Daerah (KPD) Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M Nasir bersama sepasukan anggotanya membuat serbuan terhadap sebuah pondok di ladang kelapa sawit berkenaan kira-kira 1.30 pagi.

“Ketika dihampiri, polis mendapati ada pergerakan dalam pondok itu. Polis kemudian memperkenalkan diri dan meminta individu di dalam pondok berkenaan menyerah diri, namun mereka melepaskan beberapa tembakan.

“KPD Kunak memberi amaran sekali lagi, namun tidak diendahkan dan pihak polis membalas tembakan dan berlaku kejadian tembak menembak kira-kira dua hingga tiga minit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Rashid berkata sejurus selepas kejadian berbalas tembakan itu, polis membuat pemeriksaan dan mendapati dua lelaki, masing-masing berusia 30-an dan tiada pengenalan diri ditemui maut terkena tembakan di pondok berkenaan.

15390827_1008766422567333_8207563968532672401_n

“Turut ditemui di tempat kejadian ialah dua laras senapang patah buatan sendiri, dua pucuk pistol, sejumlah peluru hidup dan kelongsong, satu laras senapang angin, dua pisau, dua parang dan beberapa butir peluru M16.

15390873_1008766499233992_2784720602048807488_n

15338887_1008766449233997_8760875088014597295_n

15390756_1008766402567335_4594377944283623344_n

15380428_1008766475900661_394728612826148922_n

 

“Polis turut menemui antaranya tiga paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu yang dijumpai di poket kiri salah seorang suspek serta beberapa peralatan disyaki digunakan untuk tujuan menghisap dan aktiviti penjualan dadah,” katanya.

Abdul Rashid berkata siasatan awal mendapati peluru M16 yang dijumpai bersama suspek terbabit bukan milik pasukan keselamatan di Malaysia.

“Kita sedang menyiasat kaitan suspek dengan kes-kes yang pernah berlaku di sekitar itu. Kita percaya suspek terbabit merupakan satu kumpulan dan siasatan teliti akan dibuat untuk mengesan saki baki kumpulan berkenaan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kaitan suspek berkenaan dengan kes penculikan yang berlaku baru-baru ini, Abdul Rashid berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut.

Pada masa sama, beliau berkata kejayaan dalam kes berkenaan adalah hasil maklumat yang disalurkan oleh orang ramai.

“Justeru, saya sangat berterima kasih kepada orang ramai dan berharap kerjasama mereka dapat diteruskan dalam memberi sebarang maklumat kepada pasukan keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditembakpenjenayah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dihentam Ketiak Hitam, Coco ‘Mengamuk’ Di Instagram

Next Post

Artis Jangan Malas Layan Peminat – Ayda Jebat

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

Next Post

Artis Jangan Malas Layan Peminat - Ayda Jebat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd