• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tembak Mati Pengawal, 2 Lelaki Dihukum Mati

oleh AK-47
30/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman mati terhadap dua lelaki selepas mereka didapati bersalah melakukan rompakan dan menembak mati seorang pengawal keselamatan, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh terhadap kesalahan dilakukan Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 29, dan Cheah Cheong Tatt, 27.

Kedua-dua tertuduh yang masing-masing memakai kemeja T berwarna merah dan putih kelihatan tenang semasa mendengar hukuman itu.

Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan pasaraya Giant, Jalan Tekkah, Aulong, di antara 2 petang hingga 3.25 petang pada 18 Sept 2012.

Mohd Hafizuddin yang semasa kejadian bertugas sebagai pengawal keselamatan syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd didapati melakukan kesalahan berjadual iaitu merompak wang tunai berjumlah RM1.2 juta milik majikannya dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian rakan setugas Hasnul Hafis Saad, 28.

Kejadian berlaku ketika Mohd Hafizuddin dan mangsa dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Sementara Cheah didapati bersalah bertindak sebagai rakan sejenayah kepada Mohd Hafizuddin.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mangsa ditemukan mati di tempat duduk pemandu dengan empat kesan tembakan di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri dalam kejadian berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abd Razak, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Ang Chun Pun. – BERNAMA

Tags: hukuman matiJenayahpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd