• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Bas Persiaran Berlanggar, 30 Penumpang Cedera

oleh
10/12/2016
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seramai 30 penumpang sebuah bas persiaran cedera, dua daripadanya parah, apabila kenderaan itu melanggar belakang sebuah bas persiaran lain di kilometer 148.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara di sini, awal hari ini.

Dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Juru itu bas yang membawa 34 penumpang termasuk pemandu dan pemandu kedua itu melanggar sebuah lagi bas yang dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kemalangan berlaku pada pukul 5.30 pagi.

“Ekoran kemalangan itu, seramai 30 penumpang termasuk pemandu bas berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan. Semua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dua yang parah ialah penumpang dan pemandu bas yang tersepit di bahagian hadapan antara dua bas, manakala enam lagi dimasukkan ke wad HSJ dan selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Nik Ros Azhan berkata semua penumpang bas yang dilanggar dalam kemalangan itu dipindahkan ke bas ganti dan meneruskan perjalanan ke Sungai Petani.

Sementara itu, seorang penumpang bas Nor Waznah Md Saad, 20, berkata beliau yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Arau, Perlis dan semasa kejadian dia sedang tidur.

“Ketika itu penumpang semua sedang tidur, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan keadaan jadi kelam kabut, ada yang menjerit dan menangis kerana terkejut dan ada juga penumpang cedera,” katanya ketika ditemui di HSJ.

Nor Waznah yang luka di dahi dan kepala dibawa ke HSJ dan dirawat sebagai pesakit luar sebelum bapanya datang dari Arau mengambilnya. – BERNAMA

Tags: Bas Persiarankemalangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd