Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Sasaran Bina 1 juta...

KUALA LUMPUR - Sasaran kerajaan untuk membina satu juta unit rumah mampu milik...

Tahniah… Radhi OAG Timang...

SELAIN pelakon Nad Zainal, penyanyi Radhi (OAG) turut menimang cahaya mata ketiganya, pada Sabtu. Berita...

WARISAN Putuskan Sertai PRN...

PONTIAN : Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan memuktamadkan isu penyertaan parti itu pada...

Virus Misteri Dihidapi 40...

KOTA BHARU - Dunia maya tempatan sejak kelmarin kecoh tular dengan kes sedih...

Diskaun 10% Tol NPE, LEKAS & BESRAYA Sempena Krismas

KUALA LUMPUR – Diskaun 10 peratus kadar tol bagi kenderaan Kelas 1 ditawarkan di Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) bersempena perayaan Krismas.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff dalam kenyataan hari ini, berkata diskaun itu ditawarkan pada Ahad ini mulai 12.01 pagi hingga 12 tengah malam, membabitkan semua plaza tol BESRAYA, NPE dan plaza tol Ampangan di LEKAS.

“Pemberian diskaun ini merupakan tanggungjawab sosial korporat. Diskaun tol ini telah menjadi satu trend kepada lebuh raya kami bagi menghargai dan meringankan beban pengguna lebuh raya.

“Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan rancang perjalanan anda. Pengguna juga diingatkan agar tidak menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan sendiri,” katanya.


Bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa, beliau menyarankan pengguna lebuh raya menggunakan lebuh raya LEKAS bagi perjalanan ke selatan, manakala lebuh raya BESRAYA melalui plaza tol Loke Yew bagi perjalanan ke timur.

Pengguna boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter rasmi @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik, @LEKAStrafik atau hubungi infoline 1800880999, 1300881010 dan 1800888021. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori