• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Lelaki Nepal, Isteri Tergamak Bunuh Suami

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Demi cinta, seorang isteri tergamak bersekongkol dengan kekasihnya, seorang warga Nepal untuk membunuh suaminya dalam kejadian di kediaman mereka, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, wanita berusia 30 tahun itu datang sendiri ke Balai Polis Hutan Melintang, Bagan Datoh untuk membuat laporan.

Menurut beliau, wanita berkenaan menyatakan suaminya, seorang pemandu lori ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Kampung Mutiara, Batu 10, Jalan Hutan Melintang.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 40-an itu maut dipukul dengan objek tumpul dipercayai besi di bahagian belakang kepala,” katanya memetik Sinar Harian.

Wanita ‘durjana’ itu juga turut ditahan pada hari kejadian, manakala teman lelaki serta abang kepada wanita itu yang berusia 31 tahun ditahan pada keesokan harinya.

“Ketika disoal siasat, kedua-dua suspek membuat pengakuan membunuh mangsa dan kita turut menemui barang kes pembunuhan itu.

“Motif pembunuhan ini dipercayai disebabkan oleh percintaan tiga segi antara isteri mangsa dengan lelaki warga Nepal itu,” katanya.

Katanya, semua suspek berkenaan ditahan reman tujuh hari bermula semalam, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu agar menghubungi balai polis di talian 05-6299222 untuk membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: kes bunuhNEPALSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd