• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izzah Diberi Amaran Dedah Pembaziran Ubat Subsidi

oleh AK-47
12/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIATNYA adalah membuka mata rakyat mengenai pembaziran ubat insulin yang dianggarkan kira-kira RM3,200 terpaksa dibuang kerana sudah luput tarikh.

Namun, pendedahan ahli farmasi yang dikenali sebagai Izzah Syahmina mendapat ‘tentangan’ daripada pihak atasan sehingga diberikan amaran.

Perkara ini dikongsikan seorang pegawai perubatan, Khairul Hafidz Alkhair  yang menjelaskan tindakan Izzah itu tidak diterima baik oleh pihak atasannya.

“Seharusnya usaha saudari Izzah perlu kita raikan, termasuk dari kalangan kami sendiri, kerana pendedahan itu berjaya menyedarkan masyarakat dan mungkin boleh mengurangkan pembaziran ubat-ubatan, tapi yang sebaliknya terjadi, saudari Izzah telah menerima amaran dari orang atasan kerana membuat pendedahan tersebut.

“Saya tidak faham apa salahnya pendedahan tersebut, status tersebut memang niatnya untuk memberi didikan masyarakat, tiada nama mana-mana individu didedahkan, tiada butiran pesakit dikeluarkan, yang ada cuma gambar pembaziran ubat-ubatan untuk memberi visual yang jelas kepada masyarakat pembaziran yang dilakukan. Mana salahnya?,” tulisnya menerusi akaun Facebook miliknya.

Jelasnya, Izzah yang juga ahli MedTweetMY itu menerima sokongan sepenuhnya daripada pertubuhan bukan kerajaan tersebut (NGO) yang menyokong usaha yang dilakukannya.

“Nawaitu (niat) saudari Izzah hanyalah untuk memberi didikan kepada masyarakat, bukan untuk kejar glamour, dan ini menjadi asas penubuhan NGO kami, memberi didikan kepada netizen.

“Usaha saudari Izzah adalah satu usaha murni, dan ia telah berjaya mengubah mindset ramai masyarakat, apa yang lebih baik dari itu? Kerana itu kami bersama-sama saudari Izzah dalam hal ini,” tulisnya.

BACA INI: ‘Terima Kasih Bazirkan RM3,200 Subsidi Perubatan’

Menurutnya, pendedahan yang dibuat Izzah adalah sekelumit kecil isu pembaziran ubat-ubatan,namun ia telah berjaya membuka mata semua pihak dan akhirnya memahami isu yang ada di bahagian farmasi.

Katanya, masyarakat mula sedar bahawa ubat-ubatan diterima selama ini ada yang mahal harganya dan ada pesakit tidak menghargai keistimewaan serta mengambil hak pesakit lain yang memerlukan.

“Pembaziran ubat-ubatan ini adalah satu isu lama, tapi inilah isu yang menjadi antara permasalahan utama mengapa sistem kesihatan bersubsidi susah untuk dikekalkan.

“Buat saudari Izzah, tetap tabah, teruskan perjuangan. Jangan biarkan ini menjadi halangan kamu untuk terus menyebarkan perkara yang baik kepada masyarakat, kami keluarga MedTweetMY tidak akan sekali-kali meninggalkan kamu dalam perjuangan ini,” tulisnya.

Sementara itu, pendedahan Izzah ini juga turut mendapat sokongan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah apabila beliau memuat naik status ahli farmasi itu di laman Facebooknya beserta kapsyen “Pembaziran ubat oleh pesakit tidak sepatutnya berlaku,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hospital Kerajaansubsidiubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar

Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kenaikan harga diesel memberi kesan kepada sebahagian rakyat, namun mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd