• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Diselebungi Jerebu Tebal Hari Kelima

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan manakala pengangkutan darat serta perjalanan kereta api hampir terhenti akibat jarak penglihatan yang terlalu rendah.

Ia susulan kesan akibat jerebu tebal yang melanda teruk kawasan timur laut China untuk hari kelima berturut-turut, menurut laporan media tempatan.

Lebih 20 bandar raya mengisytiharkan tahap berjaga-jaga sejak Jumaat lalu, melaksanakan langkah kecemasan bertujuan mengurangkan pencemaran udara dan melindungi kesihatan penduduk daripada atmosfera toksik.

Di seluruh China, tapak kawasan pembinaan ditutup sementara dan pihak berkuasa mengarahkan pengurangan jumlah kenderaan yang dibenarkan di jalan raya dalam usaha menurunkan jerebu.

Di Shijiazhuang, ibu negeri Hebei, wilayah di utara China, pesawat langsung tidak boleh mendarat atau berlepas.

Paras PM.25 – zarah mikroskopik yang berbahaya kepada kesihatan manusia – meningkat kepada 844 di kawasan itu. Ia 34 kali lebih tinggi daripada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

China Diselebungi Jerebu Tebal Hari Kelima

Di Beijing, bangunan hilang dari penglihatan apabila debu kekuningan itu mengurangkan jarak penglihatan sehingga memaksa pihak berkuasa bandar raya itu menutup beberapa jalan utama kerana masalah keselamatan.

Sehingga tengah hari semalam, sebanyak 217 penerbangan dibatalkan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Kereta api juga terpaksa dipandu perlahan.

Kebanyakan jerebu di China dikatakan berpunca daripada pembakaran arang batu untuk tujuan bekalan elektrik.

Permintaan bekalan itu meningkat mendadak pada musim sejuk.

Di media sosial, pengguna menyuarakan kemarahan terhadap keadaan itu.

“Saya sangka Beijing diserang senjata nuklear pagi ini,” tulis seorang pengguna.

“Tekak saya perit. Kulit saya gatal. Kepala saya juga sakit.

“Penduduk Beijing boleh bertahan dan tidak membantah kerana sudah dijinakkan dengan baik oleh pihak berkuasa,” tulis seorang lagi. – REUTERS/myMetro Online

Tags: ChinaJerebu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd