• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Catat Nombor Kereta, Lapor Kepada SPAD – Syed Hamid

oleh Ahmad Albab
30/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan segera membuat laporan jika didatangi pemandu Uber atau GrabCar yang cuba memujuk mereka supaya menggunakan perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan tanpa menggunakan aplikasi tempahan secara sah.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata antara tindakan mudah dan cepat pengguna yang dapat membantu pihak penguatkuasa dalam menangani masalah ini adalah dengan mengambil nombor pendaftaran kenderaan pemandu terbabit.

“Kita akan semak, tapi kena ada nombor kereta barulah boleh kesan siapa punya kereta.

“Kemudian buat laporan cepat, kita boleh hantar orang untuk tindakan,” katanya kepada mStar Online.

Beliau mengulas pendedahan mStar Online mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 gara-gara persaingan tinggi di lokasi berkenaan.

Portal berita ini telah menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Menurut Syed Hamid, agak sukar untuk pihak berkuasa mengesan aktiviti licik pemandu-pemandu ini disebabkan mereka menggunakan kenderaan sendiri dan tidak mempunyai ‘tanda’ khas, sama seperti teksi sapu atau ‘ulat’ sedia ada yang telah wujud sejak sekian lama.

“Pemandu e-hailing ni susah untuk kita tangkap, nanti dia mengaku ambil saudara dialah, adik-beradiklah.

“Dia punya kereta tak ada tanda, itu yang susah bagi pihak kita, tapi ini berbalik kepada sikap bertanggungjawablah,” katanya dengan nada kesal.

Syed Hamid berkata, menunggu dan memujuk penumpang jelas sekali bertentangan dengan konsep e-hailing yang diamalkan di seluruh dunia.

Justeru, beliau berkata pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas mereka, manakala pihak Uber atau GrabCar juga tidak boleh berkompromi dengan pemandu-pemandu seperti ini.

Berdasarkan tinjauan, kerakusan aktiviti ‘sesumpah’ ini, termasuk ulat-ulat sedia ada menjadi antara faktor yang menyebabkan pendapatan harian pemandu teksi KLIA terjejas kira-kira 50 peratus.

Syarikat Uber dan Grab juga dianggarkan ‘terlepas’ sejumlah komisen apabila pemandu mereka dengan pantas akan mematikan status sebagai pemandu yang sedang bertugas sebaik sahaja mendapat pelanggan, walaupun sebelum itu nama dua syarikat itu digunakan ‘memancing’ perhatian mereka.

Sehingga berita ini ditulis, Uber dan Grab masih belum memberikan komen atau tindak balas. – mStar Online

Tags: SPADUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd